Saturday, June 15, 2013

hidup di matrikulasi

as salam semua..

aku nak crita tentang hidup kat matrik samada boleh hidup ke x.haha.tanggal 25/5/12 merupakan tarikh daftar aku kat matrik bagi sesi 12/13. rasa cuak & x selesa bila duduk matrik masa 1st week sebab aku dapat rumate chinese dan melayu muka ganash.haha.. 1st impression ler katakan dan dan dan bilik kitaorang pulak x de elektrik.bukan x de elektrik tapi elektrik asik tertendang jer. satu aras aku blackout. kena ler aku dgn kawan aku pergi kat suis utama,nak nak lagi sebelah bilik aku jer. dahtu bila on balik,semua aras blok aku dah ok kecuali bilik aku.hahaha. dah ler hari pertama okeh masuk matrik.tetiba pulak datang dugaan macam niii..sedih la kan.. malam2 memang panas laa.tapi syukur bila penyelia dtg dan hari ketiga dah ok.

orientasi memang x best.hahaha.x de lar.orientasi best sikit je la. yg bagi aku laen sikit masa orientasi ialah ada mentor mentee.skumpulan bebudak diberikan satu cikgu untuk jadi mentor.thats buat aku jadi rasa lain la orientasi ni..rupanya memang nanti setiap hari jumaat(ikut minggu) ada program ni laaa.kadang ada perhimpunan that day. bila habis orientasi mulalah rutin untuk menimba air ilmu. Hari pertama masuk tutor seriusly i is cuak plus nervous.aku dah ler pemalu.aku ingat lagi 1st subjek time tu ialah sains komputer(aku modul 2)..dan mulalah sesi perkenalan(ice breaking) bebudak tutor(kelas) aku.. Aku takut sebab takut cikgu yg ajar garangggg. but alhamdulillah jika niat kita nak blaja insya Allah cikgu x garang.korang kan da besarrr.
haha.

Hidup kat matrik memang agak mencabar jika korang tak pandai arrange masa dgn betul..serius ok. hidup kat matrik juga buat aku lebih bersosial dan stress.haha.sem1 tak stress sgt(yelah sangat) tapi bila masuk sem 2 banyak sgt kerja sebab topiktopik subjek makin susah. korang kalo x pandai buat cara x pandai sebab kalo ko bodo sombong memang susah lar ko nak kejar pembelajaran kat sana... Banyakkan jumpa pensyarah kalo ada masa lapang. kadang2 certain lecturer ada buat MEKA espcially utk bebudak yg kurang pandai. dan ambillah peluang utk joint skali dgn dorang tuh kalo ko x layak masuk meka .minta izin dgn cikgu korang laa samada dia bagi x kalo ko nak joint MEKA. aku pun mintak cikgu aku nak joint dorang skali. MEKA slalunya dibuat time habis klas,maknanya pukul 4..lpas pukul 4 la cikgu slalu buat klas ni. memang berbaloi la kalo ko x bodo sombong dan rendah diri dgn ilmu yg ko ada tu. Syukur result aku cemerlang dan puas hati dgn usaha aku slama ni. kita kena buka minda dan fikir kenapa ada budak pepandai,x kan kita x boleh setaraf dorang kan... dan prinsip macam tu la yg aku buat time kat matrik. Jeles bila ada budak kelas dpt result gempak,dan aku mula rasa tercabar la bila budak yg result gempak kat tutor aku cikgu asik sebutsebut jer... rasa terpinggir di tepi pantai laa..haha.. dan dari situla aku blaja dan blaja dan akhirnya nama aku jugak yg disebut cikgu.hahaha. berbaloi laa. kawan aku jugak banyak bagi support dan x kedekut ilmu especially my monitor kelas la. respect dgn dia la. mula2 seriusly aku lemas dgn monitor aku ni sebab asik nak sakat aku jer,but finally aku faham kenapa dia buat mcm tu dan totally reflect kat aku laa..
nanti aku crita pasal dia okeh.
haha. konklusinya,hidup kat matrik kena bijak pandai masa dan kena rajin..x la susah sgt matrik ni. x susah kalo ko berusaha untuk berjaya..

No comments:

Post a Comment